Bayar Deposit

Hari Jumaat 23hb Mei 2008 aku dh byr deposit RM2000 kepada Syed (Sunway person), tapi byr guna cek sebab dia tak terima cash money. A bit frustated sebab unit rumah yg kami nie tu tak dapat. Alasan yg develepor bagi adalah dia kena hold dulu row tu, mana tak angin beb. Dia mcm nie, Row yg sama ibarat kata 1 row ada 20 unit rumah. 10 unit terletak di atas bukit dan 10 unit lagi di bawah bukit. yg unit2 bwh bukit tu dekat dengan surau dan kedai,Lagipun row yg sama cuma dibahagikan oleh padang shj. aku tau kenapa dia hold coz dia nak naikkan harga unit2 tu..

My wife dh suka, so nak tak nak kiterorg relocate kat unit no 27 yg kat atas bukit. So deposit pun dh bagi dan dia akan sumbit dokumen kat bank, just nak tunggu bak approve loan…

tadi petang sepatutnye pergi pkns jumpa dengan May(the another Sunway person) but tak sempat sebab ada kenduri kawin azmeer member kat U dulu. So esok aku gi jumpa dia kat Sunway kayangan. Skrg pun dh pukul 4pagi n aku ngantuk giler2.. sambung…

Nak Beli Rumah

Ari nie lepas je balik sekolah aku n my wife telah pergi ke satu projek perumahan di U10 shah alam. Lokasi baru di mana selepas dari bukit jelutong n ttdi jaya menyusur ke Puncak alam. Kalau dari tempat aku mengajar lebeh kurang mengambil masa 1jam 15 min (kalau tak jam).

Sunway Alam Suria nama kawasan tersebut berhampiran dengan UiTM cwgn Puncak Alam. kalau dari rumah jalan kaki pun sampai kat UiTM tu. Kawasan cantik n pemaju adalah Sunway. keluasan 22 x 65 ajerk.. tak panjang, tapi ader driveway la kat depan, tu yg wat my wife suka.

So gi la jumpa agent yg handle tadi. harga rumah RM 301k. Bayar RM 9k lebeh dh boleh dpt rumah tu n byr bulan2 kat bank around RM 1444 selama 30 thn. So aku ader plan sendiri mcmne nak dapatkan rumah tu. Dah org rumah suka beb, so ni la masanye kite nak bagi dia something. :) So dh kat kul 2.30 nie. esok nak sekolah, sambung lain kali. Salam

Bila duduk semeja dgn org besar

Tgk tajuk pun dah lain mcm bunyinye. Bukan duduk dgn org yg berbadan besar, tetapi dgn org yg berpangkat2 mcm Dato’ dan Datin Paduka. Nak dijadikan citer, mlm tadi aku pergi kenduri kahwin dekat area Ampang bersama-sama isteri tersayang dan juga mak dan ayah mertua. Kenduri kawin anak rakan mak mertua aku la nie.

Majlis memang ramai yg datang dan warna tema pengantin pada malam itu adalah ungu. Teringat masa aku kawin dulu. Nak dijadikan cerita, aku n my family duduk la kat satu meja nie n kemudian didatangi oleh org2 yg bergaya. Semua tu member mak mertua aku masa kerja dulu. Then diorang pun duduk la sekali. Cara bercerita pun dahsyat apa kan lagi cara berpakaian. So aku pun pasang je la telinga mendengar kisah2 masing2. Speaking ajek kejenye. Tapi walaupun mcm tu, cara diorang bercakap agak sopan n very educated person dan membuat aku respect kat diorang. Semuanya still gov servant n Gred 54 n Jusa. Pergh!! N ada seorang auntie nie lawyer bergred 54. mmg gaya percakapan seorang lawyer very2 sproting n susah nak berhenti bercakap..

Apa yg aku nak citer skrg nie adalah hari nie la baru pertama kali aku tau gelaran Datin Paduka tu ape. Ingatkan suaminye dapat Dato dan isterinya Datin. Kalau suamai dapat Dato Paduka isteri dapat Datin Paduka, rupanye Datin Paduka adalah gelaran yang sama mcm Dato tapi utk wanita sahaja yg dikurniakan oleh Sultan Selangor shj. Selama aku hidup aku tak tau pun, so aku dapat satu ilmu hari nie. So kalau aku salah tlg betulkan ek.. Alhamdulillah..

Ntah kali ke berapa

Ini ntah kali berapa aku membuat blog agaknye. blog2 yg ada sebelum nie semua dah terkubur. Sekarang nie aku rasa aku nak menjadi blogger yg serius. Maklumlah, kerja makin bertambah dan ingatan makin kurang, so bile adernye blog ini aku rasa segala ingatan aku utk tahun nie boleh aku baca balik pada tahun hadapan hadapan dan hadapan. InsyaAllah jika dipanjangkan umur.

Jadi, tunggu coretan ku yg pertama nnt…