So minggu nie adalah minggu yg amat memenatkan kepala otak aku dan isteri kerana kami perlu memilih bank mana yang bersesuaian untuk membiayai rumah yang kami beli. Kami telah pergi ke beberapa buah bank berdasarkan survey melalui laman web www.iproperty.com.my (sebuah laman web hartanah Msia).
Baru lah aku tau mcmne prosuder nak beli rumah nie. (tentang rumah baru bkn rumah 2nd hand)
- Cari rumah mana yang berkenan (cr la kat internet ke atau kat pameran hartanah atau kat tiang2 lampu jln)
- Pergi ke tapak pembinaan tersebut. Biasanya di sana ada show unit atau rumah contoh.
- Jika berkenan, jumpa dgn agen pemaju
- agen pemaju akan memberikan keterangan ttg segala2nya. (masa nie elok kita tanya ape yg kite kurang jelas dan jgn lupa tanya tentang hidden2 cost jika ada)
- Proses pemilihan unit rumah. (nak yg depan padang ke, nak yg nombor rumah cantik ker, terpulang)
- Puas hati, Bayar booking kepada agen pemaju (Sila gunakan Cek dan letak atas nama pemaju, JGN sekali2 membayar duit booking menggunakan tunai.
- Skrg nie rumah tersebut telah di reserve kan atas nama anda dan jgn lupa mengambil resit serta dokumen rumah sementara utk tujuan pinjaman perumahan dengan bank. (Purchase Praforma)
- Proses yg seterusnya anda kena menyediakan beberapa dokumen seperti slip gaji, salinan ic, salinan kwsp, bank statement untuk proses pinjaman bank pulak.
- Kebiasaannya pemaju mempunyai panel2 banknye tersendiri, So anda bolehlah menyerahkan dokumen tadi kepada agen tersebut.
- Dan anda juga digalakkan utk mencari sendiri bank2 yg bersesuaian. (masa nie la letih sikit sebab anda kena buat pilihan yang tepat. So berjalanla sikit ke bank2. Tapi kalau takder masa, just tel je bank mana yg kite nak dan ader org bank yg akan dtg jumpa kite kat rumah pun blh untuk bagi penerangan.) komisen beb!
- Masa nie la kamu akan didedahkan ttg BLR la, ZEC la MRTA la dan sebagainya.
- DAN masa nie la kalau kamu tak tau ttg perkataan2 tsbt kamu suruh diorang explain. PENTING!
- Mcm aku buat, Aku ambik yg ader semua. (bermaksud caj guaman, insuran termasuk dlm pinjaman, so aku tak payah kuarkan 1 sen pun)
- Tapi installment atau pembayaran setiap bulan mmg agak tinggi.
- Jika kite dh decide nak bank yg mana, bank akan kuarkan Offer Letter dan OL tu kite kena serahkan kat pemaju.
- Proses menandatangani SNP pulak. (Sales n Purchase Agreement).
- Proses dengan pemaju akan aku sambung nnt.
So skrg nie urusan pinjaman dgn bank dah selesai. Dan semua bank yg aku hantar dokumen meluluskan pinjaman aku sebab setakat nie komitmen aku dlm mebayar hutang2 yg sedia ada semua cantik. Jadi aku dan isteri telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman dengan BSN. Alhamdulillah…