Alhamdulillah kehadrat Ilahi dgn limpah kurnianya aku dapat menghasilkan sebuah blog. Aku baru berjinak di dalam penulisan blog ini dan banyak perlu ku pelajari dari senior2 blogger yg lain. Bak kata pepatah, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. “Malu bertanya sesat jalan” “Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan”.
Berkisar tentang latar belakang pendidikan Cikgu Halim :
- Dilahirkan di HBKL pada 15 April 1981
- Mendapat pendidikan awal di SK Tmn Sri Gombak 88-93
- Sekolah Menengah di SM Seri Gombak sehingga tingkatan 3
- Menyambung pengajian di SM Teknik Kajang 97-98 (1st Batch Teknik)
- Seterusnya di Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Sains Fizik
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Malaya
- Membuat Diploma Perguruan di Insitut Perguruan Ipoh Perak (KPLI) dalam Matematik
- Kini aku seorang guru yg baru ditempatkan di sebuah sekolah rendah di dalam Daerah Gombak, nasib baik tak dapat sekolah yg aku pernah belajar dulu.
Bagiku kerja sebagai seorang pendidik adalah amat mulia dan aku selalu memegang kata2 ayahku. “Setiap apa yg ko ajar kpd anak murid ko, ianya adalah ibadah dan ko mendapat pahala jika engkau mengajar dengan penuh ikhlas”. Sebab tu aku rasa jadi guru nie best. Cita-cita aku adalah nak jadi pendidik yg BEST..:)